Tuesday, 7 October 2014

BAB 6 PEMBANGUNAN NEGARA

BAB 6
PEMBANGUNAN NEGARA
Rancangan Dan Visi Pembangunan
Pembangunan adalah suatu perubahan yang dapat dilihat iaitu dari
keadaan yang kurang baik kepada yang lebih baik dan juga daripada
keadaan yang mundur kepada yang lebih maju. Pembangunan dapat dilihat
dari segi pembangunan ekonomi, Contohnya seperti peningkatan dalam
taraf hidup, kemudahan-kemudahan asas, pendidikan dan lain-lain.
Pembangunan yang berlaku akan mewujudkan masyarakat yang lebih
berkualiti dan hidup dalam keadaan yang lebih baik. Namun begitu
pembangunan perlulah seimbang, bukan sahaja dari segi ekonomi dan taraf
hidup malah perlulah seimbang dari segi rohani dan dalaman. Kedua-
duanya haruslah seimbang dalam sesebuah pembangunan.https://uk.groups.yahoo.com/neo/groups/skw320_0708/conversations/topics/1351
Rancangan Malaya Pertama (RM1: 1956 – 1960)

rmp2 
Penyertaan rakyat dalam aktiviti pertanian yang dirancang turut menjana pendapatan kepada negara
Perancangan pembangunan yang serius telah bermula pada tahun 1954 apabila satu perwakilan Bank Dunia membuat beberapa perakuan kepada kerajaan tentang pembangunan negara. Ini menghasilkan RM1 yang berisi dengan rancangan pelaburan sektor awam sebanyak RM1,100 juta. Matlamat utama rancangan pembangunan tersebut ialah untuk membangunkan ekonomi dengan memberikan penekanan yang lebih kepada sektor di luar bandar. Sebanyak RM478.2 juta (44.5%) daripada jumlah peruntukan pembangunan RM1 telah diperuntukan bagi membangunkan sektor luar bandar ini.
Penubuhan dua buah agensi Kerajaan iaitu Lembaga Kemajuan Tanah Persekutuan FELDA (Federal Land Development Authority; 1956) dan Kementerian Pembangunan Negara dan Luar Bandar serta pelaksanaan sistem Buku Merah merupakan inovasi penting dalam sejarah perancangan dan pembangunan negara sehingga ke masa kini. Dari segi pencapaian RM1, pelaburan sebenar sektor awam dalam tempoh 1956-60 hanyalah sebanyak RM978 juta. Ini kurang sebanyak 15% daripada jumlah pelaburan sektor awam yang telah dirancangkan bagi tempoh berkenaan.
Rancangan Malaya Kedua (RM2: 1961-1965)
RM2 telah mencapai beberapa kemajuan ke arah perancangan yang lebih menyeluruh. Pertamanya, rancangan ini telah disediakan oleh sebuah Jawatankuasa Kerja Antara Jabatan dengan bantuan sebuah Urusetia Ekonomi yang dibantu oleh pakar perunding Bank Dunia. Kedua, RM2 telah menggunakan kedua-dua strategi perancangan dari atas ke bawah dan dari bawah ke atas dengan memberi tumpuan kepada pembangunan luar bandar serta penyertaan rakyat di dalam proses perancangan dan pelaksanaan.
Peruntukan pembangunan telah ditambah sebanyak RM2,150 juta iaitu hampir dua kali ganda peruntukan RM1. Ketiga, beberapa perubahan telah dibuat di dalam RM2 ini, iaitu bagi pertama kalinya satu kajian yang menyeluruh telah dibuat terhadap perkembangan ekonomi negara untuk beberapa tahun sebelumnya. Satu analisis yang mendalam mengenai kedudukan ekonomi, mengenal pasti masalah yang timbul dan tindakantindakan untuk mengatasi masalah tersebut telah diadakan. Selanjutnya anggaran kasar pelaburan sektor awam terhadap pendapatan negara dan imbangan pembayaran juga telah dibuat.
Dari segi pencapaiannya, purata kadar pertumbuhan Keluaran Dalam Negeri Kasar (KDNK) dalam tempoh 1961-1965 ialah sebanyak 6.4% setahun. Daripada segi perbelanjaan pembangunan pula, sektor awam telah membelanjakan sebanyak RM2,650 juta yang telah diperuntukkan bagi tempoh RM2. Perbelanjaan pembangunan sebenar sektor swasta adalah RM2,900 juta, iaitu seperti yang telah dirancangkan.
Rancangan Malaysia Pertama (RMP: 1966-1970)
Di bawah Rancangan Malaysia Pertama (RMP), pembangunn negara telah diasaskan kepada suatu rancangan bersepdu berikutan kemasukan Sabah dan Sarawak ke dalam Persekutuan Malaysia. Rancangan Malaysia Pertama ini juga telah menentukan arah pembangunan dan matlmat-matlamat yang perlu dicapai dalm tempoh rancangan lima tahun. Pembaharuan lain yang terdapat dalam rancangan ini termasuklah program tenaga manusi dan penelitian yang lebih mendalam terhadap program-program ke atas tiap-tiap sektor ekonomi.
Di samping itu RMP, juga menekankan aspek integrasi di kalangan penduduk dan negeri-negeri di dalam Malaysia dengan menggubal satu rancangan pembangunan khusus bagi meningkatkan kebajikan semua rakyat. RMP melibatkn peruntukan pembangunan sebanyak RM10,500 juta iaitu RM4,550 juta daripada sektor awam dan RM5,950 juta daripada sektor swasta.
Pelaksanaan RMP pula lebih menjurus ke arah pembasmian kemiskinan di kalangan penduduk. Melihat kepada bancian penduduk tahun 1970 yang telah dijalankan, didapati bahawa 49.3% daripada semua keluarga di Semenanjung Malaysia menerima pendapatan di bawah garis kemiskinan. Sejumlah 86% daripada keluarga miskin tersebut terdapat di kawasan luar bandar manakala 14% lagi di kawasan bandar.
rmpi2
Penanaman padi dia antara aktiviti ekonomi masyarakat dalam RMP
Pelaksanaan dan Pencapaian Program RMP
Dalam tempoh masa RMP ini, beberapa agensi baru telah ditubuhkan. Di antaranya Lembaga Kemajuan Perindustrian Malaysia (MIDA – Malaysian Industrial Development Authority, 1967) yang dulunya dikenali sebagai FIDA (Federal Investment Development Authority), Lembaga Penasihat Tarif, MARA (Majlis Amanah Rakyat, 1966), Bank Bumiputera (1966) dan juga PERNAS (Perbadanan Nasional Berhad, 1969). MIDA dan Lembaga Penasihat Tarif dibentuk dengan tujuan membantu pembangunan perindustrian negara seperti yang tercatat dalam Akta Galakan Pelaburan 1968. MARA, Bank Bumiputera dan PERNAS pula ditubuhkan untuk menggalakkan penyertaan Bumiputera dalam bidang perusahaan dan perdagangan.

RANCANGAN MALAYSIA KETIGA

rmk--32
Proses pengkelasan beras
Rancangan Malaysia Ketiga (RMK-3: 1976 – 1980)
Rancangan Malaysia Ketiga (RMK-3) 1976 – 1980, merupakan peringkat kedua dalam pelaksanaan Dasar Ekonomi Baru (DEB). Rancangan ini disediakan berasaskan kepada kemajuan penting ekonomi dan sosial pada tahun-tahun kebelakangan, khususnya semasa Rancangan Malaysia Kedua (RMK-2), dan seterusnya berpandukan kepada pengalaman yang telah diperolehi dalam proses mendorongkan pembangunan ekonomi dan sosial.
Strategi dan Program Pelaksanaan RMK-3
Banyak program baru dilaksanakan dan perancangan pembangunan wilayah telah turut diperkenalkan. Analisis yang lebih sempurna dibuat terhadap pembahagian peruntukan kepada negeri-negeri di samping isuisu keselamatan dan alam sekitar juga diberi perhatian yang sewajarnya. Jumlah yang diperuntukkan di bawah RMT ialah RM18,600 juta dan 88% daripadanya diperuntukkan kepada pembangunan sosioekonomi manakala bakinya sebanyak 12 peratus diperuntukkan kepada perbelanjaan pertahanan dan keselamatan negara. Usaha-usaha membangunkan sektor pertanian dan perindustrian diteruskan demi untuk meninggikan pendapatan, produktiviti dan peluang-peluang pekerjaan. RMT masih menumpukan kepada sektor perindustrian.
Strategi sektor perindustrian dalam RMT masih tertumpu kepada matlamat DEB
dengan menggalakkan kecekapan, menyediakan pekerjaan, memajukan perusahaan kecil dan menambah penyertaan orang-orang Melayu dan kaum Bumiputera lain dalam bidang perkilangan. Perkembangan perusahaan adalah berintensif buruh, berasaskan sumber alam termasuk pertanian dan berorientasikan ekspot. Begitu juga dengan penempatan perusahaan di negeri-negeri kurang maju, ia masih ditekankan. (Malaysia,1976). Strategi yang dilaksanakan meliputi beberapa tujuan memandangkan perbezaan dalam ciri-ciri ekonomi golongan miskin di bandar. Strategi pertama adalah menggalakkan kemajuan pembuatan dan pembinaan, dorongan-dorongan khas untuk industri dan teknik pengeluaran yang menggunakan lebih banyak tenaga buruh akan dititikberatkan dan diperluaskan lagi.


Melalui strategi kedua, industri-industri kecil dibantu dengan menambahkan
kemudahan-kemudahan kredit dan perkhidmatan lanjutan di samping mengadakan pertalian yang lebih kukuh di antara pengeluar-pengeluar kecil yang menggunakan banyak tenaga buruh dengan sektor moden melalui kontrak-kontrak kecil. Ketiga, Kerajaan terus berusaha untuk menggalakkan lebih banyak pertumbuhan pusat-pusat bandar di seluruh negara bagi mengurangkan kesesakan di bandar-bandar besar.
Keempat, memperbanyakkan lagi kemudahan-kemudahan perumahan dan pengangkutan awam di kawasan miskin di bandar-bandar besar. Strategi pembangunan sosioekonomi RMT adalah untuk menambahkan lagi peranan sektor-sektor pertanian dan perindustrian supaya dapat menyediakan peluang-peluang yang kian bertambah supaya lebih ramai lagi rakyat dari berbilang kaum menyertai di bidang-bidang tersebut.
Bagi mendapatkan faedah optima dari perkembangan perindustrian, dasar-dasar untuk menggalakkan pelaburan telah dikaji semula dari semasa ke semasa. Ini bagi menjamin supaya dasar-dasar itu membantu perkembangan guna tenaga dan penggunaan sumber-sumber asli yang masih banyak matlamat seterusnya ialah untuk menggalakkan pengeluran yang cekap dalam bidang perindustrian supaya kos dan kesan-kesan perindustrian terhadap masyarakat adalah terkawal.
Usaha-usaha untuk memperbaiki taraf hidup golongan miskin di kawasan-kawasan bandar dan luar bandar dilaksanakan serentak dengan usaha memperkembangkan guna tenaga dan pendapatan. Kedua-dua langkah ini merupakan strategi kerajaan untuk membasmi kemiskinan. Perhatian khas turut diberikan kepada usaha bagi memenuhi keperluankeperluan untuk perumahan dan perkhidmatan-perkhidmatan yang lain yang juga penting bagi golongan yang berpendapatan rendah di kawasan bandar dan luar bandar. Program-program lain termasuk Projek Amalan Makanan dan Pemakanan dan pembangunan masyarakat di kawasan-kawasan bandar dan luar bandar yang melibatkan masyarakat tempatan dalam programprogram dan projek-projek pembangunan. Semasa pelancaran RMK-3, DEB masih dalam perlaksanaan.
Justeru itu RMK-3 boleh dikatakan sebagai peringkat kedua dalam perlaksanaan DEB. Dalam rancangan ini, beberapa program turut dirangka dan dilancarkan. Perancangan pembangunan wilayah telah diperkenalkan di mana rancangan ini
dipercayai dapat merapatkan jurang perbezaan ekonomi menerusi rancangan pembangunan bandar baru. Rancangan ini digiatkan melalui badan-badan tertentu seperti KEJORA, DARA, KETENGAH dan KESEDAR. Sebanyak 28 bandar dibina di bawah rancangan KEJORA, KETENGAH dan DARA menjelang tahun tahun 1980. Badan-badan berkanun seperti MARA, FELDA, PERNAS, UDA dan RISDA meneruskan usaha-usaha pembangunan. Di samping itu, kerajaan juga turut memberi penekanan kepada isu-isu alam sekitar dan keselamatan negara.
rmk---3i2
Kilang memproses barang-barang elektronik
Pencapaian RMK-3
Daripada segi pencapaian, RMT (1976-1980) menghasilkan jumlah pelaburan kasar untuk pembangunan yang bernilai sebanyak RM48,449 juta. Bagi 10 tahun pertama pelaksanaan DEB (1971-1980), ekonomi Malaysia telah berkembang pada kadar 7.8% setahun. Kadar purata ini adalah rendah sedikit daripada matlamat 8% setahun yang telah ditetapkan. Di antara faktor utama menyebabkan kadar pertumbuhan rendah ini ialah kadar pertumbuhan yang lembab dalam sektor pertanian (iaitu pada kadar 4.3%
setahun).
Sektor-sektor lain pula kebanyakannya telah mencatatkan kadar pertumbuhan lebih daripada 8% setahun. Kemajuan yang dicapai oleh sektor perindustrian dalam RMT adalah menggalakkan. Sumbangannya kepada KDNK meningkat lagi, iaitu kepada 20.5 peratus pada 1980. Sumbangannya kepada guna tenaga dan pendapatan eksport adalah 24.5 peratus dan 25.2 peratus, masing-masingnya (Malaysia 1981). Dalam sektor pertanian pula, walaupun sumbangan terhadap KDNK masih lebih besar daripada sektor perindustrian, tetapi merosot kepada 22.8 peratus pada 1980. Negara akan menempuh masa lima tahun hadapan dengan penuh keyakinan.
Di bawah dorongan RMK-3, pekerjaan di kalangan orang-orang Melayu dalam sektor-sektor ekonomi yang dinamis dan moden telah bertambah baik, walaupun bilangannya masih kurang, terutamanya di peringkat pengurusan dan eksekutif. Secara keseluruhan, program-program RMT juga membantu dalam perkembangan ekonomi negara walaupun rendah daripada matlamat.
RMK-3 telah dirangka berdasarkan kepada kekuatan ekonomi negara dan cabaran yang dihadapi negara termasuk masalah keselamatan negara serta kemajuan penting ekonomi dan sosial (hasil daripada usaha-usaha pembangunan yang lepas dan juga kekurangan yang dialami dalam proses pembangunan). Rancangan ini merupakan satu usaha kerajaan yang lebih tegas dan bersungguh-sungguh untuk membasmi kemiskinan serta menyusun semula masyarakat bagi sepanjang tempoh tahun-tahun 1976-1980.







No comments:

Post a Comment