BAB 7
ISU-ISU KEPRIHATINAN NEGARA
Dasar Luar Malaysia


http://www.slideshare.net/ainkhasif/dasar-luar-malaysia-12169813
Pembangunan Dan Alam sekitar

http://www.slideshare.net/rosdiramli80/pencemaran-alam-sekitar-23511948
Pembangunan Insan
Memandangkan fokus dan usaha serta inti proses pembangunan ialah manusia, pembangunan ekonomi, industri dan teknologi mestilah dilaksanakan dalam ruang lingkup pembangunan manusia. Penduduk sesuatu kawasan adalah sumber terpenting dan merupakan nadi kepada pelaksanaan DPPS haruslah diberi tumpuan dan keutamaan dalam merumuskan keputusan serta tindakan dalam kajian-kajian perancangan.
Isu perbandaran yang dihadapi bukan sahaja rnerangkumi aspek fizikal dan alam sekitar tetapi juga berlaku dalam konteks kemanusiaan melibatkan keadaan psiko-emosi-kerohanian. Keadaan ini berlaku akibat daripada pemisahan agama, nilai dan ketidaksepaduan aspek ini dalam ruang lingkup kehidupan masyarakat bandar. Sekiranya krisis perbandaran ingin difahami, dianalisis serta diperbaiki, pendekatan yang menyeluruh dan berbagai bidang (holistic and multi disciplinary approach) adalah diperlukan. Hanya melalui pendekatan yang menyeluruh dan bersepadu dapat menggabungkan perancangan bandar dengan dimensi kerohanian dan nilai, mengadunkan penggunaan ilmu kejuruteraan dengan keindahan, mengharmonikan seni bina dengan alam sekitar dan tidak memisahkan pertumbuhan ekonomi dan keadilan dan keperluan sosial.
|
No comments:
Post a Comment