Wednesday, 8 October 2014

ULASAN BAB 4 :PERLEMBAGAAN MALAYSIA



Perlembagaan Malaysia mengandungi aspek Kontrak Sosial kerana ia merupakan satu persemuafakatan dan perkongsian murni antara kaum di Malaysia. Huraian lanjut dari perseptif sejarah yang meliputi sejarah penindasan dan tipu helah penjajah, penyisihan masyarakat, pribumi dalam arus modernisasi, ketempangan ekonomi antara golongan serta sejarah hubungan kaum di negara ini yang berselang-seli antara sengketa dan kerjasama dimana semuanya hendaklah lengkap dan komprehensif serta disebarkan seluas-luasnya secara berterusan kepada segenap lapisan masyarakat. Segenap lapisan masyarakat, generasi tua dan generasi muda, harus mengetahui, memahami dan menghayati kandungan serta semangat kontrak sosial itu. Penyebaran luas kandungan dan semangat kontrak sosial itu perlulah dilakukan dengan sungguh-sungguh melalui sistem pendidikan yang lebih khusus dan melalui pelbagai sistem komunikasi yang lebih luas dan meliputi. Penekanannya hendaklah diterapkan dalam sistem pendidikan di negara ini supaya generasi muda faham akan sejarah pembentukan negara ini.
Pemimpin-pemimpin umat Melayu sendiri perlu sentiasa diingatkan tentang Kontrak Sosial ini. Jika Perdana Menteri mengatakan bahawa “kegagalan melaksanakan kontrak sosial itu merupakan punca kepada konflik” maka itu bermakna bahawa kejahilan atau keengganan memahami dan menghayati kontrak sosial akan mewujudkan kita kepada konflik. Sesungguhnya untuk mengelakkan konflik itulah maka manusia perlu mempunyai kontrak sosial agar kehidupan mereka bernegara dan bermasyarakat terjamin aman, tertib dan teratur. Bagaimanapun dalam analisis terakhir, rakyatlah yang menjadi penentu.
Merekalah yang akan menentukan sama ada masyarakat pelbagai budaya mampu
bertahan dan berkembang. Nilai mereka, persepsi mereka, prinsip serta prejudis mereka, dan impian serta aspirasi adalah untuk mereka dan juga bangsa mereka, yang akan mencorakkan bentuk dunia yang mereka tinggal di dalamnya. Sama ada mereka belajar untuk hidup bersama dalam suasana stabil dan harmoni atau musnah bersama dalam perselisihan dan kerosakan.

No comments:

Post a Comment